Friday, 25 March 2016



       DASAR-DASAR ISLAM HADhARI


PENGERTIAN
Islam Hadhari (Arab: الإسلام الحضاري) atau "Islam yang bertamadun" merupakan teori kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari al-Quran. Ia bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam


tujuan

Ø Perlaksanaan Islam Hadhari diharap akan dapat mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju berdasarkan perspektif ketamadunan Islam yang telah terbukti mampu membawa kepada kegemilangan.
Ø Memberi penjelasan kepada ketua-ketua agensi mengenai pendekatan Islam Hadhari, iaitu dari segi konsep, struktur dan pelan tindakan bagi melaksanakannya dalam Perkhidmatan Awam.


Latar belakang

Ø Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai suatu pendekatan untuk membangun ummah dan Negara berdasarkan perspektif ketamadunan Islam.
Ø Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Mac 2004.
Ø Pada 17 oktober 2004 Jemaah Menteri telah melantik JAKIM.


PENDEKATAN ISLAM HADHARI DIPERKENALKAN BERDASARKAN KEPADA BEBERAPA RASIONAL IAITU :

Ø Kesinabungan kepada Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam
Ø Pendekatan Islam Hadhari sebagai Pemacu Wawasan 2020
Ø Islam sebagai Agama Persekutuan
Ø Menjadikan Islam sebagai Penyelesai Cabaran Semasa
Ø Merealisasikan Islam sebagai Agama yang dapat memberi rahmat kepada alam sejagat


PENDEKATAN ISLAM HADHARI


Ø DEFINISI
Sesuatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan Negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam.
Ø VISI
Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam
Ø MISI
Melaksanakan agenda pembangunan Negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, dan bertoleransi
Ø OBJEKTIF
Bagi melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan rohani (spiritual), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari , berdaya saing, melihat ke hadapan , inovatif serta cekap menagngani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.


PRINSIP 1 : KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH

Ø Bertujuan membentuk sebuah Negara yang rakyatnya mempunyai akhlak yang luhur.
Ø Prinsip ini ingin memastikan kemntapan akidah umat islam direalisasikan dalam bentuk amalan-amalan yang bersifat produktif dan mampu membawa kepada kemajuan diri, masyarakat dan Negara.
Ø Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan :
     Keimanan yang mantap
     Ketaqwaan yang menyeluruh
     Pegangan agama Islam yang teguh
     Pengamalan kolektif nilai-nilai murni
     Masyarakat yang beragama selaras dengan prinsip pertama rukun negara


PRINSIP 2 : KERAJAAN ADIL DAN AMANAH

Ø Adil ialah memberi hak kepada yang berhak.
Ø Amanah pula menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diberi.
Ø Pendekatan Islam Hadhari meletakkan tadbir urus (good governance) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat.

Ø Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan:
     Pentadbiran yang adil bagi semua rakyat.
     Tadbir urus yang berkesan, telus, amanah, ikhlas, tekundan bertanggungjawab.
     Kebajikan rakyat terpelihara.
     Berjimat cermat mengelakkan pembaziran.


PRINSIP 3 : RAKYAT BERJIWA MERDEKA

Ø Masyarakat yang berjiwa merdeka adalah masyarakat yang kreatif dan inovatif serta dapat melahirkan idea-idea bermanfaat untuk membangun diri dan masyarakat.
Ø Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan :
     Semangat jati diri.
     Berfikiran terbuka
     Tidak terbelenggu kesan penjajah
     Kreatif dan inovatif
     Mampu berdaya saing
     Berdaya maju
     Berdikari
     Berusaha menerima perubahan
     Tidak taksub dengan budaya lama yang melemahkan
      

PRINSIP 3 : RAKYAT BERJIWA MERDEKA

Ø Masyarakat yang berjiwa merdeka adalah masyarakat yang kreatif dan inovatif serta dapat melahirkan idea-idea bermanfaat untuk membangun diri dan masyarakat.
Ø Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan :
     Semangat jati diri.
     Berfikiran terbuka
     Tidak terbelenggu kesan penjajah
     Kreatif dan inovatif
     Mampu berdaya saing
     Berdaya maju
     Berdikari
     Berusaha menerima perubahan
     Tidak taksub dengan budaya lama yang melemahkan

PRINSIP 4 : PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN

Ø Rakyat Malaysia perlu menjadi umat peneroka ilmu, umat yang mampu berdikari serta berupaya menangani cabaran semasa dalam hidup.
Ø Tujuan penguasaan ilmu adalah bagi mewujudkan umat yang bertamadun.
Ø Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan:
     Umat yang cintakan ilmu.
     Menjadi bangsa peneroka ilmu.
     Mendalami ilmu fardu ain (bagi umat islam).
     Menguasai semua bidang dalam ilmu fardu kifayah.
     Meninggalkan ilmu-ilmu negative yang boleh merosakkan akidah.
     Membina masyarakat bagi pendekatan ilmu.
     Memantapkan integrasi ilmu melalui program dwi pengkhususan.


PRINSIP 5 : PEMBANGUNAN EKONOMI SEIMBANG DAN KOMPREHENSIF

Ø Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif memberikan satu pendekatan yang menggabungkan kepada usaha memantapkan amalan ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan sesuai dengan perkembangan ekonomi di dalam Negara dan di peringkat global.
Ø Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan :
     Umat yang mengambil berat dengan tuntutan fardu kifayah dalam bidang ekonomi.
     Umat yang maju dalam bidang ekonomi.
     Negara yang maju dan berkat.
     Mengelak pembaziran dalam aktiviti ekonomi.
     Mengutamakan golongan yang kurang berkemampuan.
     Negara membangun berasaskan ekonomi yang halal.
     Keseimbangan ekonomi antara Bandar dengan luar Bandar.


PRINSIP 6 : KEHIDUPAN BERKUALITI

Ø Pendekatan Islam Hadhari  menekankan aspek kualiti hidup secara kolektif.
Ø Kita hendaklah menjadi umat yang berkualiti dari aspek pemikiran, tingkah laku dan cara hidup.
Ø Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan :
     Menjadikan ibadah khusus sebagai asas kehidupan berkualiti.
     Tempat tinggal yang selesa.
     Persekitaran yang selamat
     Kehidupan yang sihat.
     Keluarga yang harmoni.
     Pemakanan yang berkualiti.
     Masyarakat yang penyayang.


PRINSIP 7 : PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN WANITA

Ø  Kedudukan kaum wanita adalah sangat mulia.
Ø  Islam melindungi hak dan kebajikan semua peringkat masyarakat khususnya kaum wanita.
Ø  Peranan mereka amat penting dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara.
Ø Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan :
     Memberi perhatian kepada kumpulan etnik dan golongan minority.
     Memberi keadilan dan hak yang sewajarnya kepada kaum wanita.
     Memberi perhatian kepada ibu tunggal.


PRINSIP 8 : KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL

Ø Dalam usaha meningkatkan kemajuan Negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan moral perlu dipertahankan berasaskan system nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur.
Ø Penghayatan nilai-nilai yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan dan keharmonian dalam masyarakat.
Ø Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan :
     Memperteguh dan memelihara budaya berdasarkan nilai-nilai murni dan prinsip rukun Negara.
     Membangun moral masyarakat berteraskan ajran agama.
     Menangani secara berkesan budaya yang negatif.

PRINSIP 9 : PEMULIHARAAN ALAM SEMULAJADI

Ø Pendekatan Islam Hadhari menekankan kesedaran tentang tanggungjawab dan kepentingan hubungan antara manusia dengan alam.
Ø Alam semulajdi atau alam tabi’e merupakan pinjaman Allah untuk manusia dan makhluk-makhluk lain.
Ø Justeru alam tabi’e perlu dimakmurkan secara bijaksana untuk kesejahteraan sejagat secara berterusan.
Ø Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan :
     Kesedaran dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah.
     Pemuliharaan alam semulajadi yang berkesan.
     Pembangunan sumber alam untuk perkara kebaikan.
     Mengelakkan pembaziran sumber alam.
     Mengekalkan keindahan alam.
     Melindungi habitat flora dan fauna.    


PRINSIP 10 : KEKUATAN PERTAHANAN

Ø Islam mengambil berat tentang aspek keselamatan dan pertahanan Negara.
Ø Pendekatan Islam Hadhari menekankan supaya Negara memiliki kekuatan pertahanan terbaik dan disegani serta mampu berdikari dalam urusan penyediaan alat dan teknologi pertahanan.
Ø Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan :
     Membina ketahanan rohani dan jasmani melalui modal insan.
     Menyemarakkan semangat patriotic dan cintakan Negara.
     Memiliki system pertahanan terbaik dan disegani.
     Meningkatkan system maklumat dan kerahsiaan Negara.


     Membangun kekuatan pertahanan berasaskan teknologi.



                    BAB 7 : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA



Peranan ASEAN
  • ASEAN telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, apabila beberapa buah negara termasuk Malaysia menandatangani deklarasi penubuhan Asean di Bangkok. 
  • Pada dasarnya, Asean mempunyai matlamat yang sama dengan ASA. Ia bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang lebih erat di kalangan Negara anggota dalam bidang ekonomi dan lain-lain. 
  • Peranan Asean telah berkembang lebih daripada itu. Hubungan diplomatik yang pada asalnya hanya melibatkan tiga buah Negara dalam ASA kini telah berkembang menjadi 10 buah Negara.
  •  Pada tahun 1984, keanggotaan ASEAN telah bertambah dengan kemasukan negara Brunei Darul Salam pda 7 Januari 1984, Vietnam pada 28 Jualai 1995, Laos dan Myanmar pada 23 Julai 1997 dan akhir sekali Kemboja sebagai ahli ASEAN yang terakhir telah memenuhi misi penubuhan ASEAN pada tahun 1967 di Bangkok 
  • Menjadikan ASEAN 10 berjaya dan seterusnya membawa negara-negara di Asia Tenggara kepada satu era yang lebih maju dari segi sosio-ekonomi, politik dan keselamatan serantau.
  • Matlamat awal penubuhan ASEAN ialah untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang sosial dan ekonomi namun sejak awal penubuhan ASEAN iaitu pada tahun 1967 sehingga tahun 1974 banyak menyentuh tentang bentuk rundingan dan juga kerjasama serantau terutama dalam persoalan politik serantau. Dengan kejatuhan Vietnam Selatan kepada komunis pda tahun 1975 dan diiikuti dengan pencerobohan terhadap kemboja pada tahun 1978 merupakan cabaran yang besar terhadap ASEAN untuk mengorak langkah dalam menangani masalah ini. Oleh itu, satu persidangan di antara ketua-ketua negara ASEAN buat pertama kalinya telah diadakan di Bali, Indonesia pada bulan Februari 1976.

Peranan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)

  •  Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis.
  • Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.
  • Matlamat utama OIC adalah  untuk menggalakkan keeratan antara ahli negara-negara Islam  bagi menyelaras kerjasama antara negara ahli dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik, dan bidang-bidang lain.
  • menghapuskan perbezaan rasial dan diskriminasi dan menentang kolonial dalam semua bentuk dan untuk menyokong semua Muslim dalam usaha mereka mempertahankan maruah, kebebasan dan hak negara, membina jambatan antara jurang perbezaan budaya dunia.

    
Peranan Malaysia dalam OIC

  •  Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama. Malaysia juga menjadi perantara menyelesaikan perang Iran-Iraq.
  • Sumbangan Malysia seperti memberi sokongan kepada Palestin dalam perjuangan menentang Israel. Malaysia diberi kepercayaan menjadi tuan rumah persidangan OIC.
  • Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam. Memberi tawaran biasiswa kepada pelajar OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
  • Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam dalam urusan perdagangan.

Peranan KOMENWEL

  • Pertubuhan Negara-negara Bekas Jajahan British (KOMENWEL) Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1931.
  • Pertubuhan ini dianggotai oleh  negara bekas tanah jajahan Britain yang merdeka.  
  • Anggota pertubuhan ini diantara 54 negara maju dan negara sedang membangun. Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun 1965, manakala  beribu pejabat ditubuhkan di London.
  • Pertubuhan ini dapat  membina semangat setia kawan dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang. 
  • Selepas merdeka, negara Komawel membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara menyekat perjuangan PKM. Secara rasminya, perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New Zealand, 
  • Negara-negara ini menjanjikan bantuan jika diserang oleh mana-mana pihak. Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh Negara-negara maju dalam Komanwel umpamanya pemberian status Skim Keutamaan Am (GSP) bagi barang Malaysia. 
  • Dengan adanya skim ini, cukai barangan Malaysia akan direndahkan dan secara tidak lansung akan meningkatkan persaingan barangan Malaysia dengan barangan Negara lain di pasaran luar.

Peranan NAM
  • Matlamat NAM ialah Mengekalkan keamanan dunia. 
  • Nam Tidak menyokong blok barat atau blok komunis. 
  • Nam juga Mengelak campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah Negara. 
  • Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan persefahaman. 
  • Nam menghormati hak asasi manusia.
  • Nam Membela kepentingan negara sedang membangun. 
  •  Nam juga Membela isu Palestin. NAM juga melaksanakan kerjasama ekonomi. 
  • Matlamat lain ialah membincangkan isu Antartika dan Cadangan menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan. 
  • Pada bulan Februari, Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah persidangan.
  • Malaysia kini ialah Pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke-13 sehingga tahun 2006 dengan 114 buah negara anggota, iaitu 2/3 daripada jumlah keanggotaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Peranan Malaysia Dalam NAM

  • Dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi 1987, Malaysia telah membuat beberapa usul bagi menjaga kepentingan negara-negara sedang membangun.
  • Mereka membincangkan isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika.
  • Dalam Sidang Kemuncak Kelapan di Harare(Zimbabwe) 1988, Malaysia mengemukakan cadangan penghapusan dasar Apartheid di Afrika Selatan.
  • Malaysia diberi penghormatan sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade. 
  • Malaysia dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara anggota.

   Peranan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
  •  Pertubuhan ini telah ditubuhkan secara rasmi tahun 1945.  
  • Ibu pejabat terletak di San Francisco (asal) berpindah ke New York pada tahun 1946.  
  • Pada peringkat awal pertubuhan, hanya 51 buah anggota telah menyertai. 
  • Pada tahun 2002, anggota pertubuhan ini telah meningkat kepada 189 buah anggota. 
  • Malaysia menyertai PBB pada 17 September 1957 selepas mencapai kemedekaan.  
  • Negara anggota perlu akur dengan Piagam PBB iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggariskan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa.

Konsep Pembangunan Dan Alam Sekitar
Pencemaran air
Memberi kesan kepada kehidupan manusia kerana manusia menggunakan air untuk minum, memasak, membasuh dan lain-lain.
Pencemaran Darat / tanah
Berpunca daripada perbuatan atau pembuangan sesuatu bahan di sesebuah kawasan sehingga berlaku pertukaran warna, hakisan dan kesuburan tanah
Pencemaran bunyi
Berpunca kerana pertambahan kenderaan