DASAR-DASAR
ISLAM HADhARI
PENGERTIAN
Islam Hadhari (Arab: الإسلام الحضاري) atau "Islam yang bertamadun" merupakan teori
kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari al-Quran.
Ia bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia adalah
usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang
terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam
tujuan
tujuan
Ø Perlaksanaan Islam Hadhari diharap akan dapat
mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju berdasarkan perspektif ketamadunan
Islam yang telah terbukti mampu membawa kepada kegemilangan.
Ø Memberi penjelasan kepada ketua-ketua agensi mengenai
pendekatan Islam Hadhari, iaitu dari segi konsep, struktur dan pelan tindakan
bagi melaksanakannya dalam Perkhidmatan Awam.
Latar belakang
Ø Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Islam Hadhari
sebagai suatu pendekatan untuk membangun ummah dan Negara berdasarkan
perspektif ketamadunan Islam.
Ø Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Mac 2004.
Ø Pada 17 oktober 2004 Jemaah Menteri telah melantik
JAKIM.
PENDEKATAN ISLAM HADHARI DIPERKENALKAN BERDASARKAN KEPADA BEBERAPA
RASIONAL IAITU :
Ø Kesinabungan kepada Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam
Ø Pendekatan Islam Hadhari sebagai Pemacu Wawasan 2020
Ø Islam sebagai Agama Persekutuan
Ø Menjadikan Islam sebagai Penyelesai Cabaran Semasa
Ø Merealisasikan Islam sebagai Agama yang dapat memberi
rahmat kepada alam sejagat
PENDEKATAN ISLAM HADHARI
Ø DEFINISI
Sesuatu pendekatan pembangunan
manusia, masyarakat dan Negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan
kepada perspektif tamadun Islam.
Ø VISI
Untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah Negara Islam
Ø MISI
Melaksanakan agenda
pembangunan Negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal,
maju, bertamadun, dan bertoleransi
Ø OBJEKTIF
Bagi melahirkan individu dan
masyarakat yang mempunyai kekuatan rohani (spiritual), akhlak, intelektual,
material, mampu berdikari , berdaya saing, melihat ke hadapan , inovatif serta
cekap menagngani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal
dan damai.
PRINSIP 1 : KEIMANAN DAN
KETAQWAAN KEPADA ALLAH
Ø Bertujuan membentuk sebuah Negara yang rakyatnya
mempunyai akhlak yang luhur.
Ø Prinsip ini ingin memastikan kemntapan akidah umat
islam direalisasikan dalam bentuk amalan-amalan yang bersifat produktif dan
mampu membawa kepada kemajuan diri, masyarakat dan Negara.
Ø Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan :
• Keimanan yang mantap
• Ketaqwaan yang menyeluruh
• Pegangan agama Islam yang teguh
• Pengamalan kolektif nilai-nilai murni
• Masyarakat yang beragama selaras dengan
prinsip pertama rukun negara
PRINSIP 2 : KERAJAAN ADIL
DAN AMANAH
Ø Adil ialah memberi hak kepada yang berhak.
Ø Amanah pula menunaikan segala tanggungjawab dan
kewajipan yang diberi.
Ø Pendekatan Islam Hadhari meletakkan tadbir urus (good
governance) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat.
Ø Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan:
• Pentadbiran yang adil bagi semua rakyat.
• Tadbir urus yang berkesan, telus, amanah,
ikhlas, tekundan bertanggungjawab.
• Kebajikan rakyat terpelihara.
• Berjimat cermat mengelakkan pembaziran.
PRINSIP 3 : RAKYAT BERJIWA
MERDEKA
Ø Masyarakat yang berjiwa merdeka adalah masyarakat yang
kreatif dan inovatif serta dapat melahirkan idea-idea bermanfaat untuk
membangun diri dan masyarakat.
Ø Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan :
• Semangat jati diri.
• Berfikiran terbuka
• Tidak terbelenggu kesan penjajah
• Kreatif dan inovatif
• Mampu berdaya saing
• Berdaya maju
• Berdikari
• Berusaha menerima perubahan
• Tidak taksub dengan budaya lama yang
melemahkan
•
PRINSIP 3 : RAKYAT BERJIWA
MERDEKA
Ø Masyarakat yang berjiwa merdeka adalah masyarakat yang
kreatif dan inovatif serta dapat melahirkan idea-idea bermanfaat untuk membangun
diri dan masyarakat.
Ø Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan :
• Semangat jati diri.
• Berfikiran terbuka
• Tidak terbelenggu kesan penjajah
• Kreatif dan inovatif
• Mampu berdaya saing
• Berdaya maju
• Berdikari
• Berusaha menerima perubahan
• Tidak taksub dengan budaya lama yang
melemahkan
PRINSIP 4 :
PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN
Ø Rakyat Malaysia perlu menjadi umat
peneroka ilmu, umat yang mampu berdikari serta berupaya menangani cabaran
semasa dalam hidup.
Ø Tujuan penguasaan ilmu adalah bagi
mewujudkan umat yang bertamadun.
Ø Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan:
• Umat yang cintakan ilmu.
• Menjadi bangsa peneroka ilmu.
• Mendalami ilmu fardu ain (bagi umat islam).
• Menguasai semua bidang dalam ilmu fardu kifayah.
• Meninggalkan ilmu-ilmu negative yang boleh merosakkan
akidah.
• Membina masyarakat bagi pendekatan ilmu.
• Memantapkan integrasi ilmu melalui program dwi
pengkhususan.
PRINSIP 5 : PEMBANGUNAN
EKONOMI SEIMBANG DAN KOMPREHENSIF
Ø Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif memberikan
satu pendekatan yang menggabungkan kepada usaha memantapkan amalan ekonomi yang
berakhlak dengan kemampuan melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan sesuai
dengan perkembangan ekonomi di dalam Negara dan di peringkat global.
Ø Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan :
• Umat yang mengambil berat dengan tuntutan
fardu kifayah dalam bidang ekonomi.
• Umat yang maju dalam bidang ekonomi.
• Negara yang maju dan berkat.
• Mengelak pembaziran dalam aktiviti ekonomi.
• Mengutamakan golongan yang kurang
berkemampuan.
• Negara membangun berasaskan ekonomi yang
halal.
• Keseimbangan ekonomi antara Bandar dengan luar
Bandar.
PRINSIP 6 : KEHIDUPAN
BERKUALITI
Ø Pendekatan Islam Hadhari menekankan aspek kualiti hidup secara
kolektif.
Ø Kita hendaklah menjadi umat yang berkualiti dari aspek
pemikiran, tingkah laku dan cara hidup.
Ø Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan :
• Menjadikan ibadah khusus sebagai asas
kehidupan berkualiti.
• Tempat tinggal yang selesa.
• Persekitaran yang selamat
• Kehidupan yang sihat.
• Keluarga yang harmoni.
• Pemakanan yang berkualiti.
• Masyarakat yang penyayang.
PRINSIP 7 : PEMBELAAN HAK
KUMPULAN MINORITI DAN WANITA
Ø Kedudukan kaum wanita adalah
sangat mulia.
Ø Islam
melindungi hak dan kebajikan semua peringkat masyarakat khususnya kaum wanita.
Ø Peranan mereka
amat penting dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara.
Ø Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan :
• Memberi perhatian kepada kumpulan etnik dan
golongan minority.
• Memberi keadilan dan hak yang sewajarnya
kepada kaum wanita.
• Memberi perhatian kepada ibu tunggal.
PRINSIP 8 : KEUTUHAN
BUDAYA DAN MORAL
Ø Dalam usaha meningkatkan kemajuan Negara Malaysia,
kepelbagaian budaya dan moral perlu dipertahankan berasaskan system nilai dan
akhlak yang kukuh, murni dan luhur.
Ø Penghayatan nilai-nilai yang mutlak dan tinggi akan
menjamin kesejahteraan dan keharmonian dalam masyarakat.
Ø Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan :
• Memperteguh dan memelihara budaya berdasarkan
nilai-nilai murni dan prinsip rukun Negara.
• Membangun moral masyarakat berteraskan ajran
agama.
• Menangani secara berkesan budaya yang
negatif.
PRINSIP 9 : PEMULIHARAAN
ALAM SEMULAJADI
Ø Pendekatan Islam Hadhari menekankan kesedaran tentang
tanggungjawab dan kepentingan hubungan antara manusia dengan alam.
Ø Alam semulajdi atau alam tabi’e merupakan pinjaman
Allah untuk manusia dan makhluk-makhluk lain.
Ø Justeru alam tabi’e perlu dimakmurkan secara bijaksana
untuk kesejahteraan sejagat secara berterusan.
Ø Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan :
• Kesedaran dan tanggungjawab manusia sebagai
khalifah.
• Pemuliharaan alam semulajadi yang berkesan.
• Pembangunan sumber alam untuk perkara
kebaikan.
• Mengelakkan pembaziran sumber alam.
• Mengekalkan keindahan alam.
• Melindungi habitat flora dan fauna.
PRINSIP 10 : KEKUATAN
PERTAHANAN
Ø Islam mengambil berat tentang aspek keselamatan dan
pertahanan Negara.
Ø Pendekatan Islam Hadhari menekankan supaya Negara
memiliki kekuatan pertahanan terbaik dan disegani serta mampu berdikari dalam
urusan penyediaan alat dan teknologi pertahanan.
Ø Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan :
• Membina ketahanan rohani dan jasmani melalui
modal insan.
• Menyemarakkan semangat patriotic dan cintakan Negara.
• Memiliki system pertahanan terbaik dan
disegani.
• Meningkatkan system maklumat dan kerahsiaan
Negara.
• Membangun kekuatan pertahanan berasaskan
teknologi.
No comments:
Post a Comment