PENGENALAN
- Zaman Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka.
- Negeri-negeri yang lain mengamalkan adat tradisional, iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih .
- Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan Melaka.
- Masyarakat Melayu tradisional mementingkan adat dalam kehidupan mereka.
- Telah wujudnya suatu system yang mengawal dan mengatur tata cara hidup masyarakat.
- Perlembagaan moden diperkenalkan setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
- Dikemaskinikan setelah terbentuknya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
DEFINISI PERLEMBAGAAN
- Prinsip-prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah .
- Perlembagaan bersangkuut paut dengan cara keputusan-keputusan awam dicapai dan kuasa diagih-agihkan antara institusi kerajaan, sama ada di pusat ataupun peringkat tempatan.
- Perlembagaan akan menetapkan had-had kewibawaan kerajaan dan cara-cara pemilihan serta pelantikan pemerintah.
- Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi sesebuah Negara.
- Kewujudannya untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah Negara .
- Perlembagaan berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada pihak pemerintah atau rakyat.
- Perlembagaan bermatlamat memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat.
SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
- PERANAN PERLEMBAGAAN
- Perlembagaan mempunyai beberapa fungsi iaitu:-
- Mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.
- Alat penyelesaian masalah.
- Mengekalkan riwayat Negara bangsa.
- Menjaga kestabilan Negara.
2. BENTUK-BENTUK PERLEMBAGAAN
-Perlembagaan Bertulis
-Perlembagaan Tidak Bertulis
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
- UNDANG-UNDANG UTAMA PERSEKUTUAN
- KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
- PINDAAN PERLEMBAGAAN
- PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI
-Perlembagaan Negeri
- Pembahagian kuasa-kuasa perundangan
- Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah
- Pembahagian beban kewangan
- Tanah
- Pembangunan Negara
- Agihan persekutuan kepada negeri
- Majlis Negara bagi kerajaan tempatan
PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN
- Bahasa Melayu
- Kedudukan Istimewa Raja-Raja Melayu
- Islam sebagai Agama Persekutuan dan Kedudukan Agama-agama Lain
- Kewarganegaraan
- kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang
- kewarganegaraan secara pendaftaran
- kewarganegaraan secara kemasukan naturalisasi
- kewarganegaraan secara percantuman wilayah
- kehilangan kewarganegaraan
- prosedur perlucutan kewarganegaraan
Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai:
1. Seorang yang beragama Islam.
2. Bertutur bahasa Melayu.
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu.
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
Manakala, Bumiputera di Sabah dan Sarawak (termasuk bukan Melayu) tergolong menerima keistimewaan seperti mana yang diperoleh orang Melayu di Tanah Melayu. Antara perkara yang termasuk dalam keistimewaan orang Melayu sebagai kaum Bumiputera ialah:
1. Perkhidmatan awam
2. Ekonomi
3. Pendidikan
Kebebasan Asasi
Kebebasan asasi seseorang individu telah diperuntukkan dalam bahagian-bahagian Perlembagaan Persekutuan. Perkara-perkara kebebasan asasi adalah seperti berikut:
1. Kebebasan diri
2. Keabdian dan kerja paksa
3. Kesamarataan di sisi undang-undang
4. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
5. Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
6. Kebebasan beragama
7. Kesamarataan dalam pelajaran
8. Hak untuk berharta
9 Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang
No comments:
Post a Comment