Peranan ASEAN
- ASEAN telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, apabila beberapa buah negara termasuk Malaysia menandatangani deklarasi penubuhan Asean di Bangkok.
- Pada dasarnya, Asean mempunyai matlamat yang sama dengan ASA. Ia bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang lebih erat di kalangan Negara anggota dalam bidang ekonomi dan lain-lain.
- Peranan Asean telah berkembang lebih daripada itu. Hubungan diplomatik yang pada asalnya hanya melibatkan tiga buah Negara dalam ASA kini telah berkembang menjadi 10 buah Negara.
- Pada tahun 1984, keanggotaan ASEAN telah bertambah dengan kemasukan negara Brunei Darul Salam pda 7 Januari 1984, Vietnam pada 28 Jualai 1995, Laos dan Myanmar pada 23 Julai 1997 dan akhir sekali Kemboja sebagai ahli ASEAN yang terakhir telah memenuhi misi penubuhan ASEAN pada tahun 1967 di Bangkok
- Menjadikan ASEAN 10 berjaya dan seterusnya membawa negara-negara di Asia Tenggara kepada satu era yang lebih maju dari segi sosio-ekonomi, politik dan keselamatan serantau.
- Matlamat awal penubuhan ASEAN ialah untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang sosial dan ekonomi namun sejak awal penubuhan ASEAN iaitu pada tahun 1967 sehingga tahun 1974 banyak menyentuh tentang bentuk rundingan dan juga kerjasama serantau terutama dalam persoalan politik serantau. Dengan kejatuhan Vietnam Selatan kepada komunis pda tahun 1975 dan diiikuti dengan pencerobohan terhadap kemboja pada tahun 1978 merupakan cabaran yang besar terhadap ASEAN untuk mengorak langkah dalam menangani masalah ini. Oleh itu, satu persidangan di antara ketua-ketua negara ASEAN buat pertama kalinya telah diadakan di Bali, Indonesia pada bulan Februari 1976.
Peranan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)
- Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis.
- Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.
- Matlamat utama OIC adalah untuk menggalakkan keeratan antara ahli negara-negara Islam bagi menyelaras kerjasama antara negara ahli dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik, dan bidang-bidang lain.
- menghapuskan perbezaan rasial dan diskriminasi dan menentang kolonial dalam semua bentuk dan untuk menyokong semua Muslim dalam usaha mereka mempertahankan maruah, kebebasan dan hak negara, membina jambatan antara jurang perbezaan budaya dunia.
Peranan Malaysia dalam OIC
- Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama. Malaysia juga menjadi perantara menyelesaikan perang Iran-Iraq.
- Sumbangan Malysia seperti memberi sokongan kepada Palestin dalam perjuangan menentang Israel. Malaysia diberi kepercayaan menjadi tuan rumah persidangan OIC.
- Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam. Memberi tawaran biasiswa kepada pelajar OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
- Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam dalam urusan perdagangan.
Peranan KOMENWEL
- Pertubuhan Negara-negara Bekas Jajahan British (KOMENWEL) Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1931.
- Pertubuhan ini dianggotai oleh negara bekas tanah jajahan Britain yang merdeka.
- Anggota pertubuhan ini diantara 54 negara maju dan negara sedang membangun. Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun 1965, manakala beribu pejabat ditubuhkan di London.
- Pertubuhan ini dapat membina semangat setia kawan dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang.
- Selepas merdeka, negara Komawel membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara menyekat perjuangan PKM. Secara rasminya, perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New Zealand,
- Negara-negara ini menjanjikan bantuan jika diserang oleh mana-mana pihak. Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh Negara-negara maju dalam Komanwel umpamanya pemberian status Skim Keutamaan Am (GSP) bagi barang Malaysia.
- Dengan adanya skim ini, cukai barangan Malaysia akan direndahkan dan secara tidak lansung akan meningkatkan persaingan barangan Malaysia dengan barangan Negara lain di pasaran luar.
Peranan NAM
- Matlamat NAM ialah Mengekalkan keamanan dunia.
- Nam Tidak menyokong blok barat atau blok komunis.
- Nam juga Mengelak campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah Negara.
- Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan persefahaman.
- Nam menghormati hak asasi manusia.
- Nam Membela kepentingan negara sedang membangun.
- Nam juga Membela isu Palestin. NAM juga melaksanakan kerjasama ekonomi.
- Matlamat lain ialah membincangkan isu Antartika dan Cadangan menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan.
- Pada bulan Februari, Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah persidangan.
- Malaysia kini ialah Pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke-13 sehingga tahun 2006 dengan 114 buah negara anggota, iaitu 2/3 daripada jumlah keanggotaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Peranan Malaysia Dalam NAM
- Dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi 1987, Malaysia telah membuat beberapa usul bagi menjaga kepentingan negara-negara sedang membangun.
- Mereka membincangkan isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika.
- Dalam Sidang Kemuncak Kelapan di Harare(Zimbabwe) 1988, Malaysia mengemukakan cadangan penghapusan dasar Apartheid di Afrika Selatan.
- Malaysia diberi penghormatan sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade.
- Malaysia dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara anggota.
Peranan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
- Pertubuhan ini telah ditubuhkan secara rasmi tahun 1945.
- Ibu pejabat terletak di San Francisco (asal) berpindah ke New York pada tahun 1946.
- Pada peringkat awal pertubuhan, hanya 51 buah anggota telah menyertai.
- Pada tahun 2002, anggota pertubuhan ini telah meningkat kepada 189 buah anggota.
- Malaysia menyertai PBB pada 17 September 1957 selepas mencapai kemedekaan.
- Negara anggota perlu akur dengan Piagam PBB iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggariskan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa.
Konsep Pembangunan Dan Alam Sekitar
Pencemaran air
Memberi kesan kepada kehidupan manusia kerana manusia menggunakan air untuk minum, memasak, membasuh dan lain-lain.
Memberi kesan kepada kehidupan manusia kerana manusia menggunakan air untuk minum, memasak, membasuh dan lain-lain.
Pencemaran Darat / tanah
Berpunca daripada perbuatan atau pembuangan sesuatu bahan di sesebuah kawasan sehingga berlaku pertukaran warna, hakisan dan kesuburan tanah
Berpunca daripada perbuatan atau pembuangan sesuatu bahan di sesebuah kawasan sehingga berlaku pertukaran warna, hakisan dan kesuburan tanah
Pencemaran bunyi
Berpunca kerana pertambahan kenderaan
Berpunca kerana pertambahan kenderaan
No comments:
Post a Comment